I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sejadah Iman Kian Terkoyak...

>> Thursday, November 19, 2009

Di mimbar ini,
Kejur musafir dimamah waktu,

Yang berlari di aspal hidup,

Menuju titik hadapan,
Yang tiada berpenghujung,
Dalam mandala manusia.


Langau-langau dosa,

Terpalit menodai jubah,
Putihnya melerai serban syahadah,

Merungkai tasbih bicara,

Dalam kealpaan dan kejalangan roda masa.


Ketika Izrail datang berbisik,

Berjabat salam dengan semilir,
Rongga itu kehausan,

Embunan hidayah Tuhan,
Meratap...menangis..bersujud.


Dalam khusyuk tahajjud,

Yang tidak pernah kesiangan,
Menghitung butir-butir tawadduk...
Di sejadah iman yang kian terkoyak!







Read more...

Zikir dan Doa Asas Jati Diri Individu Muslim

>> Tuesday, November 17, 2009

Segala puji tertentu bagi Allah yang sentiasa kita memujiNya. Kita memohon pertolongan, hidayah dan keampunan daripadaNya. Kita memohon perlindungan dengan Allah daripada keburukan diri kita dan kejahatan perbuatan kita. Sesungguhnya sesiapa yang diberi hidayah, maka dialah orang yang mendapat pentunjuk. Sesiapa yang sesat, maka tiada siapa yang dapat memimpin dan membimbingnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dialah yang satu dan tiada sekutu baginya. Aku juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya.

Di dalam al-Quran, Allah SWT telah menegaskan bahawa orang-orang yang berakal, orang-orang yang mempunyai fikiran atau 'man of understanding, man of wisdom' (Ulul albab) antara lainnya ialah orang yang banyak berzikir. Firman Allah SWT:

(bermaksud): "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka!”

(Surah Ali-Imran: 190-191)

Di sebalik ungkapan zikir dan doa adalah teras aqidah Islam, penghayatannya memberi kesan langsung yang memandu kehidupan seseorang ke arah kesejahteraan. Kenikmatan hidup dan kemewahan harta-benda yang dikecapi, mestilah diiringi dengan kesyukuran kepada Allah SWT. Kisah dua pemilik kebun yang disebut di dalam al-Quran memberi pengajaran yang amat berguna kepada kita. Malapetaka telah menimpa salah seorang daripada mereka kerana dia lupa kepada Allah SWT. Kebunnya musnah lalu dia pun menyesal. Kemudian seorang lagi pemilik kebun yang beriman menasihatkan rakannya itu seperti yang difirmankan Allah SWT:

(bermaksud): “Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: “Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!”

(Surah al-Kahfi: 39)

Tidak wajar seseorang membanding-banding kelebihan pada dirinya dengan seseorang lain lalu melupakan Allah SWT dan berasa bongkak. Hal ini sebagaimana nasihat beliau yang difirmankan Allah SWT menerusi ayat yang berikutnya:

(bermaksud): “… Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu, maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan aku lebih baik daripada kebunmu dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan bala bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi.Oleh yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi”.

(Surah al-Kahfi: 39-40)

Zikir dan doa juga adalah cara untuk berhubung dan kembali kepada Allah SWT. Tanpanya, tiada jaminan yang selamat untuk kita. Firman Allah SWT:

(bermaksud): “Maka kalaulah dia (Nabi Yunus) bukan daripada orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur".

(Surah al-Shoffat: 143-144)

Di samping zikir dan doa, selawat adalah merupakan pelengkap. Suatu bicara menjadi sempurna jika dimulai dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Nabi saw. Selawat juga merupakan doa dan permintaan daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Kadangkala seseorang berdoa untuk Nabi saw dan adakalanya dia berdoa untuk dirinya sendiri. Hal ini adalah suatu keistimewaan untuk hamba Allah SWT.

Bagi mengelakkan kesulitan, pelbagai zikir, doa dan selawat yang umum sudah memadai untuk diamalkan pada sempena yang khusus. Namun, untuk menetapkan disiplin dalam ibadah, doa-doa yang khusus telah ditetapkan untuk sempena yang tertentu. Fadhilat dan khasiatnya sudah pasti dijamin dapat diperolehi mengikut niat dan tujuan orang yang konsisten dan yakin dalam beramal keranaNya.




Read more...

Jom Sujud Syukur!!!!

>> Thursday, November 12, 2009

Sujud syukur sebanyak satu kali merupakan ibadah sunat yang dilakukan di luar solat. Tidak harus berbuat demikian di dalam solat, bahkan haram jika dilakuakn. Sujud syukur disunatkan bagi mereka yang mendapat nikmat daripada Allah SWT yang berbentuk zahir, misalnya mendapat anak, dinaikkan pangkat, lulus cemerlang dalam peperiksaan,

سجد وجهي للذي خلقه وصوره وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين

Maksudnya :

"Sujudlah muka dan seluruh diriku kepada Allah yang telah menciptakannya dan membentuk rupanya, yang juga telah menciptakan pendengaran dan penglihatannya (dengan perantaraan telinga dan mata), dengan kuasa Allah jugalah penglihatan dan pendengaranku terpelihara dengan selamatnya".

(Riwayat Muslim & Tirmizi)

5- Memberi salam.



# Dipetik daripada buku 'Amalan & Ibadat Seharian', karya Haji Johari Haji Alias.

Read more...

Solat sunat Isyraq...pernahkah anda lakukan???

>> Wednesday, November 11, 2009

Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10 kaki)pada jam antara 7.00 hingga 7.30pagi. Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda Rasulullah saw (maksudnya) :

"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".

Lafaz dan niatnya :

"Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala".

a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah
al-Kafiruun hingga akhir.

b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas
membaca surah al-Fatihah.

Selepas memberi salam, baca doa berikut :

"Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Isyraq bila mana kita mempunyai kelapangan, khususnya pada waktu pagi. Rebutlah peluang semasa hayat kita dikandung badan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan menuju ke akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa".

Read more...

Apa dia Sujud Tilawah?

Sujud Tilawah sebanyak sekali ialah sujud bacaan, iaitu sujud yang disunatkan ketika membaca al-Quran pada ayat-ayat sajdah. Orang-orang yang mendengarnya juga disunatkan sujud. Jika ayat-ayat sajdah dibaca semasa membaca surah ketika soalt, juga disunatkan sujud. Sekiranya solat berjemaah, para makmum disunatkan sujud jika imamnya sujud. Tidak sunat sujud jika imam tidak sujud.

Ketika bangun dari sujud, tidak perlu duduk rehat sebentar seperti thama'ninah solat, bahkan hendaklah terus bangun berdiri dan tidak perlu mengangkat tangan. Jika sujud tilawah ketika membaca atau mendengar ayat-ayat sajdah (di luar solat), maka rukun untuk mengerjakannya ialah :

1- Niat serta takbiratul ihram
2- Sujud 1 kali dan bangun dari sujud terus memberi salam
3- Baca 'Allahu Akbar' ketika bergerak sujud dan semasa bangun dari sujud

Bacaan semasa sujud tilawah ialah (maksudnya):

"Sujudlah muka dan seluruh diriku kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan membentuk rupanya, yang juga telah mencipta pendengaran dan penglihatannya (dengan perantaraan mata dan telinga), dengan kuasa Allah SWT jugalah (pendengaran dan penglihatanku terpelihara dengan selamatnya)".

(Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Firman Allah SWT yang bermaksud :

...apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah SWT, mereka segera sujud serta menangis".

(Surah Maryam: ayat 58)

Sabda Nabi saw, mafhumnya :

"Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw telah bersabda : "Apabila manusia membaca ayat sajdah, kemudian dia sujud, menghindarkan syaitan dan dia menangis serta berkata: Hai celaka, anak Adam (manusia) disuruh sujud, lantas dia sujud. Maka, baginya syurga dan aku disuruh sujud juga, tetapi aku enggan, maka bagiku neraka'.

(Riwayat Muslim)

Ayat-ayat sajdah di dalam al-Quran ada 15, sepertimana hadith Nabi saw yang bermaksud :

"Daripada 'Amru bin al-'As bahawa Rasulullah saw menerangkannya lima belas ayat sajdah yang tersebut di dalam al-Quran..."

(Riwayat Abu Daud)
Ayat-ayat berkenaan ialah :

i- Ayat 206 Surah al-A'raf
ii- Ayat 15 Surah al-Ra'd
iii- Ayat 50 Surah al-Nahl
iv- Ayat 109 Surah al-Israa'
v- Ayat 58 Surah Maryam
vi- Ayat 18 Surah al-Hajj
vii- Ayat 77 Surah al-Hajj
viii- Ayat 60 Surah al-Furqan
viv- Ayat 26 Surah al-Naml
x- Ayat 15 Surah al-Sajdah
xi- Ayat 24 Surah Shad
xii- Ayat 38 Surah Fusshilat
xiii- Ayat 62 Surah al-Najm
xiv- Ayat 21 Surah al-Insyiqaq
xv- Ayat 19 Surah al-'Alaq

Syarat-syarat sujud tilawah pula adalah suci daripada hadas dan najis,menghadap kiblat dan menutup aurat. Walaubagaimanapun, sesetengah ulama' tidak mensyaratkan demikian.

Read more...

Talian tetap Allah S.W.T : 42443

>> Monday, November 9, 2009

Apabila solat ditinggalkan
Atau sembahyang dengan kejahilan
Atau sembahyang dengan kelalaian
Hubungan hamba dengan Penciptanya penuh kelompangan
Lebih teruk dirundum kegelapan

Kutuk dan laknat pun berlaku ke atas kepalanya
Oleh Allah, para malaikat dan makhluk-makhlukNya
kecuali jin dan manusia.
Kalau begitu, apalah erti hidup kaya-raya
Nama glamor tiada gunanya
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka
Dirikanlah sembahyang di atas waktunya
Di awal masuk waktunya

Pertahankanlah jemaah setiap ketika
Betul dan luruskanlah setiap safnya
Perelokkanlah juga rukun dan bacaannya
Hadirkanlah hati, jiwa dan raga
Fahamilah sekali apa maksudnya
Segala tuntutannya dihayati bersama

Rasakanlah olehmu kehebatan Yang Maha Kaya
Menghina diri di hadapanNya itu yang utama
Agung dan besarkan zatNya usah dilupa
Hilangkanlah segala dunia yang bermain di kepala
Hanya kewujudanNya sahaja kita rasa ada
Ingatlah solat tiang agama
Amalan pertama yang diperiksa olehNya
Di Padang Mahsyar yang sangat dahsyat penuh huru-hara

Dirikanlah solat dan jangan hanya bersolat
Agar amalan diterima dan mendapat berkat
Hidup di dunia dilimpahi nikmat
Di akhirat pula bahagia dan selamat...


Read more...

Renungan bersama...

Mudahnya menjadi MUSLIM,namun...

1. Anda hanya memerlukan 5 minit untuk bersolat Subuh...sedangkan anda boleh meluangkan masa selama sejam untuk bersiap ke tempat belajar/ kerja.

2. Anda hanya memerlukan 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan...sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai tali kasut.

3. Anda hanya memerlukan 15 minit untuk memakai tudung...sedangkan anda meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut.

4. Anda hanya memerlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor...sedangkan untuk makan tengah hari, lebih dari 1 jam disertakan dengan umpatan dan gelak ketawa.

5. Anda hanya memerlukan 15 minit untuk bersolat Asar...sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 3 jam untuk melayari internet dan 'bergayut'.

6. Anda hanya memerlukan 15 minit untuk membaca al-Quran tidak selama anda menonton filem Hindustan lakonan Shah Rukh Khan, Aishwarya Rai dan lain-lain lagi.

7. Anda hanya memerlukan 10 minit untuk bersembahyang Maghrib tetapi menonton cerita kartun sehingga habis waktu Maghrib.

8. Anda hanya memerlukan 10 saat untuk membaca hadith Nabi s.a.w, walhal anda menatap majalah sehingga 1 jam.

RENUNGKANLAH...BETAPA MUDAH MENJADI MUSLIM YANG SEJATI, TETAPI RAMAI YANG TIDAK MENYEDARI KEADAAN SEBEGINI...

Read more...

Petua Menjaga Kesihatan Ala Rasulullah s.a.w...

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai oleh Allah S.W.T daripada mukmin yang lemah..."
(Riwayat Muslim)

Bagaimana kita sentiasa sihat seperti Rasulullah s.a.w? Ikuti resepi-resepi berikut :

1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh melaksanakan solat sunat dan solat fardhu Subuh secara berjemaah. Antara hikmah yang diperoleh melalui ibadah-ibadah tersebut adalah :

i- dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah S.W.T
ii- mendapat udara segar yang baik untuk kesihatan, khususnya terapi penyakit TB
iii- menguatkan minda dan menyihatkan emosi

2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Baginda sentiasa rapi dan bersih. Buktinya, setiap hari Khamis dan Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan mengenakan minyak wangi pada setiap hari.

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman".
(Riwayat Muslim)


3) TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda, iaitu :

a) 1/3 untuk udara
b) 1/3 untuk air
c) 1/3 untuk makanan

Bahkan terdapat satu pendidikan khusus bagi umat Islam dengan adanya bulan Ramadhan, iaitu puasa wajib untuk menyeimbangkan kesihatan.

4) GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir dan peredaran darah akan berjalan lancar.

5) TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah s.a.w : "Jangan marah" diulang sebanyak 3 kali. Hal ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada aspek fizikal senata-mata, malah lebih jauh lagi, iaitu dilandasi oleh kesucian dan kesihatan jiwa.

Terdapat terapi yang tepat untuk menahan marah, iaitu :

> Mengubah posisi ketika marah. Apabila berdiri, maka duduk dan apabila duduk, maka berbaring.
> Membaca ta'awwuz kerana marah itu datang daripada syaitan.
> Segera berwudhu.
> Bersolat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

6) BERSIKAP OPTIMIS DAN TIDAK BERPUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam terhadap jiwa seseorang sehingga dia tetap sabar, istiqamah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T.

Semoga keenam-enam petua di atas dapat kita amalkan khususnya ingin menjadi seorang insan yang sentiasa sihat dan kuat dalam menjalani apa jua ibadah kepada Allah S.W.T. Pergunakanlah kesempatan hidup di dunia ini untuk kita mencari seberapa banyak bekalan bagi menuju alam akhirat yang kekal abadi...

Read more...

Berbual berpekdah

 
 

Followers

About This Blog

Blog ini memuatkan perkongsian ilmu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengikuti mata pelajaran sama ada Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam. Blog yang bertemakan ibadah ini amat sesuai dilawati oleh semua orang kerana ia menampilkan perkara-perkara yang menyentuh persoalan ibadah di mana ianya sentiasa mewarnai kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan hujah kukuh Allah S.W.T atau objektif utama penciptaan manusia di dalam dunia yang sementara ini, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya menguatkan lagi kepentingan ibadah kepada kita sebagai para hambaNya..

Saf kekawan

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP