I made this widget at MyFlashFetish.com.

Kriteria-kriteria Lelaki Soleh...

>> Wednesday, December 23, 2009

Sama-sama kita teliti kriteria lelaki soleh impian wanita solehah. Walaupun kita sendiri sebagai wanita muslimah punya banyak kelemahan, namun jauh di sudut hati tentu kita mengimpikan seorang lelaki soleh yang bakal
memimpin bahtera dalam rumahtangga yang kita bina. Moga-moga dengan hadirnya pemimpin yang soleh dalam rumahtangga, bakal mencorakkan rumahtangga yang soleh juga... Tetapi perlu diingat, sekalipun kita punya kelemahan dari pelbagai aspek, jangan terus-terusan hidup dalam kekurangan dan kelemahan tersebut. Sedaya mungkin, kita juga perlu berusaha ke arah menjadi wanita solehah yang diimpikan... Insya Allah, mudah-mudahan... Mari sama-sama kita baca...

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11.Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt.
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan daan tawadhu' penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri di atas, orang-orang yang soleh juga merupakan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt setelah para nabi dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Read more...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 H :)

>> Wednesday, December 16, 2009

Jgn lupa baca Doa akhir tahun lepas Asar, Doa awal tahun lepas Maghrib!

Insya Allah! Semoga diteguhkan iman, dipanjangkan usia dan dirahmati sepanjang masa.AMIIN.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Wallahualam..

Read more...

Ucapan syukur dan takjub pada nikmat Allah SWT...

>> Friday, December 11, 2009

Semuanya adalah kehendak Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. ( Surah al-Kahfi: 39)



Keterangan Ayat :



Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang melihat sesuatu yang mengagumkan, maka hendaklah dia membaca ayat di atas ini. Nescaya dia tidak akan memudaratkannya." (riwayat Ibnu Sunni)



Al-Imam Abu Muhammad al-Qadhi al-Hussein menceritakan dalam kitabnya al-Taliq Fil Mazhab bahawa, pada zaman dahulu, seorang nabi yang merasa kagum dengan bilangan umatnya yang ramai lalu dalam sekelip mata seramai 70,000 umatnya telah meninggal dunia.

Lantaran itu, Allah SWT telah mewahyukan kepadanya: "Jika kamu meminta perlindungan Allah dengan membaca doa seperti di atas tentulah Allah akan memelihara mereka."



Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, amatlah dituntut ke atas setiap individu yang merasa kagum terhadap nikmat Allah yang dianugerahkan kepadanya seperti kebun, tanah, rumah, harta, keluarga dan anak-anaknya agar membaca doa ini. Semoga dipelihara Allah daripada segala bencana. (al-Wabil al-Sayyib, Bab Zikir dan yang dibaca untuk terus mendapat nikmat)



Khasiat dan Kaifiat Beramal :


Amalkan membaca ayat di atas apabila melihat sesuatu yang mengagumkan agar terpelihara daripada kejahatan mata yang tidak disengajakan. (Fathul Bari, bab Memohon Perlindungan Allah daripada Mata yang Jahat. Al-Azkar, Bab Apabila Melihat Sesuatu Yang Menakjubkan pada Diri, Anak atau Harta, Lalu Dia Merasa Takut akan Pandangan Mata yang Jahat)

Read more...

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman..




1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala
41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan
70. Jangan melukakan hati orang lain
71. Jangan membiasakan diri berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban, keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang
100. Hargailah setiap jasa orang lain kepada kita

Read more...

Di dalam Sujudku...





Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihku
Sepanjang hayatku
Kau lihat segala perbuatanku
Setiap perbuatanku
Kau catat segala dosa pahalaku

Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaan-Mu
Di dalam kegembiraanku
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu

Jika aku bukan Islam
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
Kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir
Aku tadah tanganku
Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah,
Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Kau lah sebaik-baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu

Read more...

Berbual berpekdah

 
 

Followers

About This Blog

Blog ini memuatkan perkongsian ilmu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengikuti mata pelajaran sama ada Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam. Blog yang bertemakan ibadah ini amat sesuai dilawati oleh semua orang kerana ia menampilkan perkara-perkara yang menyentuh persoalan ibadah di mana ianya sentiasa mewarnai kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan hujah kukuh Allah S.W.T atau objektif utama penciptaan manusia di dalam dunia yang sementara ini, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya menguatkan lagi kepentingan ibadah kepada kita sebagai para hambaNya..

Saf kekawan

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP