I made this widget at MyFlashFetish.com.

Solat fardhu..sempurna atau tidak?

>> Tuesday, September 15, 2009

Solat dari segi bahasa ialah doa manakala dari sudut istilah ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Hukum menunaikan solat ialah wajib ke atas setiap umat Islam sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Peliharalah semua solatmu dan peliharalah solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah
(dalam solatmu) dengan khusyuk".

(Surah al-Baqarah: 238)


Read more...

Wudhu'lah berwudhu'lah....

>> Monday, September 14, 2009

Pengertian Wudhu'


Dari segi bahasa, wudhu' adalah membasuh anggota tertentu dengan air mutlak. Menurut istilah pula, wudhu' bermaksud membasuh atau menyapu anggota badan tertentu dimulai dengan niat kerana Allah SWT. Hukum berwudhu' adalah wajib apabila hendak mengerjakan solat, tawaf, memegang al-Quran, sujud syukur dan sujud tilawah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki….”

(Surah al-Ma’idah : 6)

Read more...

Pernahkah anda bersedekah???

>> Sunday, September 13, 2009

Sedekah ialah memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukannya. Ia bukan hanya memberi bantuan kebendaan seperti harta atau wang ringgit, tetapi merangkumi amalan yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Antara amalan tersebut adalah meleraikan pergaduhan antara dua pihak, membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barangan untuknya, mengucapkan perkataan yang baik, berjalan untuk menunaikan solat dan membuang perkara yang menyakiti di jalan raya.

Memberi sedekah kepada fakir miskin dan orang yang berada dalam keadaan kesempitan adalah suatu sifat yang terpuji dan disukai oleh Allah SWT. Namun begitu, untuk memastikan amalan tersebut diterima oleh Allah SWT, kita hendaklah mematuhi adab-adab yang ditetapkan oleh syarak, iaitu :


  1. Memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
  2. Berusaha menyembunyikan pemberian itu daripada pengetahuan orang ramai kecuali dengan tujuan untuk dicontohi oleh orang lain.
  3. Tidak mengungkit-ungkit sedekah yang diberikan.
  4. Menunjukkan muka yang manis semasa menghulurkan sedekah.
  5. Bersedekah daripada sumber yang halal dan benda yang terbaik.
Amalan bersedekah memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pemberi sedekah, malah turut mengundang kesan yang positif kepada para penerimanya. Bagi pemberi, ia melatih diri menjadi orang yang pemurah dan menghayati penderitaan orang lain, memberikan motivasi ke arah mempertingkatkan pendapatan agar dapat terus bersedekah dan membersihkan diri daripada sifat kedekut dan tamak. Kesan bagi penerimanya pula adalah dapat sama-sama menikmati nikmat pemberian Allah SWT, memberi motivasi ke arah berdikari dalam mempertingkatkan taraf hidup dan menghilangkan sifat dengki serta perasaan tidak puas hati terhadap golongan kaya.

Implikasi amalan bersedekah kepada seseorang individu antaranya mendapat keberkatan daripada Allah SWT, dikasihi dan dihormati oleh masyarakat, jasanya dikenang sepanjang zaman dan mendapat pahala yang berterusan selagi mana sedekah tersebut dimanfaatkan. Bagi keluarga pula, bersedekah dapat melatih anak-anak supaya prihatin dan mengasihi fakir miskin, menyelesaikan masalah ekonomi antara sanak-saudara, melahirkan keluarga yang bahagia dan berkasih sayang serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Masyarakat yang penyayang dan saling membantu dapat diwujudkan, membantu meningkatkan keperluan masyarakat, mengumpul dana yang dapat menampung keperluan ekonomi negara serta menaikkan imej negara dengan menyalurkan tabung bantuan kepada negara-negara miskin. Kesemua ini merupakan faedah kita bersedekah kepada masyarakat dan negara.

Sama-sama kita renungkan sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: Setiap sendi di tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barangan untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalanan adalah sedekah".

Kesimpulannya, sedekah adalah suatu ibadat yang berkaitan dengan hubungan kemasyarakatan kerana ia melibatkan pemberi dan penerima. Selain itu, amalan bersedekah dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dengan adanya amalan tolong-menolong antara golongan senang terhadap orang yang susah. Bercakap dengan sopan dan memberi keselesaan kepada orang lain dikira sebagai amalan sedekah. Di samping itu, umat Islam perlu berusaha meningkatkan ekonomi supaya dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan tamadun Islam, antaranya melalui amalan bersedekah. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan bersedekah dengan apa sahaja cara selagi kita masih diberikan nafas dan dipanjangkan nyawa oleh Tuhan Yang Kaya lagi Maha Pemurah, Allah SWT.....

Read more...

Puasa Menjana Keperibadian Muslim

>> Monday, September 7, 2009


Pengertian Puasa

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilah syara’ pula, ia bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.

Puasa merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim pada bulan Ramadhan setiap tahun. Firman Allah S.W.T dalam al-Quran :

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.

(Surah al-Baqarah : 183)

Read more...

Apakah ibadah dalam Islam....

>> Wednesday, September 2, 2009


KONSEP IBADAH DALAM ISLAM


PENGERTIAN IBADAH


Abu Al-Ala Al-Maududi telah mentakrifkan ibadah daripada segi bahasa dan istilah di dalam bukunya, Asas-asas Islam seperti berikut:


> Bahasa:Merendah diri, tunduk, patuh dan taat.

> Istilah :Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah

S.W.T.


Read more...

Berbual berpekdah

 
 

Followers

About This Blog

Blog ini memuatkan perkongsian ilmu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengikuti mata pelajaran sama ada Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam. Blog yang bertemakan ibadah ini amat sesuai dilawati oleh semua orang kerana ia menampilkan perkara-perkara yang menyentuh persoalan ibadah di mana ianya sentiasa mewarnai kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan hujah kukuh Allah S.W.T atau objektif utama penciptaan manusia di dalam dunia yang sementara ini, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya menguatkan lagi kepentingan ibadah kepada kita sebagai para hambaNya..

Saf kekawan

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP