I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tidurlah...

>> Tuesday, October 27, 2009

Amalan Sebelum Tidur:

Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam al-Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberikan kamu syafaat di hari Akhirat
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah

Kemudian, Aisyah bertanya:

"Ya Rasulullah,bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara itu?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur, bacalah : Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan al-Qur'an. Bacalah selawat sebanyak 3 kali untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslim sebanyak 3 kali, maka mereka akan meredhai kamu. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, maka kamu seakan-akan telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".

(Petikan hadith daripada Tafsir Haqqi)

Read more...

Khusyukkah solat kita???

>> Thursday, October 22, 2009

Tujuan utama Allah S.W.T menciptakan manusia di dunia ini adalah untuk beribadah kepadaNya. Perbincangan mengenai ibadah tidak akan lengkap tanpa menyentuh berkenaan ibadah-ibadah khusus, terutamanya yang terkandung dalam rukun Islam yang lima. Antara yang terpenting adalah solat. Dalam surah al-Mu'minun ayat 1, 2 dan 9 Allah S.W.T menjelaskan :

Berbual berpekdah

 
 

Followers

About This Blog

Blog ini memuatkan perkongsian ilmu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengikuti mata pelajaran sama ada Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam. Blog yang bertemakan ibadah ini amat sesuai dilawati oleh semua orang kerana ia menampilkan perkara-perkara yang menyentuh persoalan ibadah di mana ianya sentiasa mewarnai kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan hujah kukuh Allah S.W.T atau objektif utama penciptaan manusia di dalam dunia yang sementara ini, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya menguatkan lagi kepentingan ibadah kepada kita sebagai para hambaNya..

Saf kekawan

Back to TOP