I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wudhu'lah berwudhu'lah....

>> Monday, September 14, 2009

Pengertian Wudhu'


Dari segi bahasa, wudhu' adalah membasuh anggota tertentu dengan air mutlak. Menurut istilah pula, wudhu' bermaksud membasuh atau menyapu anggota badan tertentu dimulai dengan niat kerana Allah SWT. Hukum berwudhu' adalah wajib apabila hendak mengerjakan solat, tawaf, memegang al-Quran, sujud syukur dan sujud tilawah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki….”

(Surah al-Ma’idah : 6)

Rukun Wudhu'

Wudhu' mempunyai enam rukun yang khusus, iaitu :

  1. Niat.
  2. Membasuh muka.
  3. Membasuh kedua-dua belah tangan.
  4. Menyapu sebahagian kepala.
  5. Membasuh kedua-dua belah kaki.
  6. Tertib.
Perkara-perkara Sunat ketika Berwudhu'
  1. Membaca basmalah.
  2. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga sampai ke pergelangan tangan.
  3. Berkumur-kumur.
  4. Memasukkan air ke dalam lubang hidung kemudian dihembus keluar.
  5. Menyapu ke seluruh kepala.
  6. Membasuh kedua-dua belah telinga.
  7. Menggosok kedua-dua belah jari tangan dan kaki.
  8. Mendahulukan anggota sebelah kanan.
  9. Mengulang tiga kali setiap perbuatan.
  10. Berdoa selepas berwudhu'.
Perkara-perkara Makruh ketika Berwudhu'

  • Penggunaan air secara berlebihan.
  • Mendahulukan anggota sebelah kiri.
  • Membasuh anggota wudhu' lebih daripada tiga kali.
  • Memasukkan air ke dalam mata.
  • Bercakap-cakap.

Perkara-perkara yang Membatalkan Wudhu'

  1. Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur.
  2. Tidur yang tidak tetap punggungnya.
  3. Hilang akal disebabkan oleh mabuk, gila dan sebagainya.
  4. Bersentuh antara kulit lelaki dengan kulit perempuan.
  5. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan tanpa lapik.
Adab-adab ketika Berwudhu'

  • Memulakan wudhu' dengan bacaan basmalah.
  • Menghadap kiblat.
  • Jimat menggunakan air.
  • Tidak bercakap.
  • Menjaga diri daripada terbuka aurat.
Hikmah-hikmah Berwudhu'

  1. Menghapuskan dosa-dosa kecil.
  2. Supaya ibadat yang dilakukan sah dan diterima oleh Allah S.W.T.
  3. Melatih diri beradab semasa menghadap Allah S.W.T.
  4. Membentuk individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

0 comments:

Berbual berpekdah

 
 

Followers

About This Blog

Blog ini memuatkan perkongsian ilmu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengikuti mata pelajaran sama ada Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam. Blog yang bertemakan ibadah ini amat sesuai dilawati oleh semua orang kerana ia menampilkan perkara-perkara yang menyentuh persoalan ibadah di mana ianya sentiasa mewarnai kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan hujah kukuh Allah S.W.T atau objektif utama penciptaan manusia di dalam dunia yang sementara ini, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya menguatkan lagi kepentingan ibadah kepada kita sebagai para hambaNya..

Saf kekawan

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP