I made this widget at MyFlashFetish.com.

Yoga..termasuk dalam solat ???

>> Wednesday, October 21, 2009


Terdapat golongan yang mengatakan solat adalah yoga. Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga, malah ibadah orang Islam itu adalah lebih agung daripada sebarang senaman termasuk yoga.


Solat adalah zikir yang paling mulia, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Ankabut ayat 45, "Dan zikrullah (iaitu solat) adalah lebih besar keutamaannya" . Berkata Imam Nasafi, " ayat ini menunjukkan solat adalah lebih besar dari segala ketaatan yang lain ".

Berhubung dengan yoga, Journal of the Royal Society of Medicine menganggapnya sebagai 'salah satu sistem pembangunan insan yang tertua yang merangkumi jasad, akal dan rohani'. Oleh sebab kesannya positif, yoga menjadi popular pada hari ini. Doktor-doktor di Harvard sering kali menyuruh pesakit-pesakit mereka mengamalkan yoga bertujuan begi menjaga kesihatan.

Yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Semasa mengamalkan yoga, seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu bagi jangka masa tertentu dengan melafazkan kalimat -kalimat mantra tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting adalah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai Raja Yoga atau King of Yoga. Di kedudukan ini, seorang pengamal yoga meletakkan kepalanya di bumi dan di peringkat kemuncaknya adalah meluruskan badan supaya kakinya berada di atas. Sayangnya, kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang.

Sekiranya dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga dalam solat. Solat ialah ibadah yang merangkumi jasad, roh dan akal. Ia mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagi rukun fi'li. Ia juga mementingkan gerak hati yang ikhlas kepada Allah S.W.T dan ini dikaitkan dengan ruku qalbi. Ia turut mempunyai kalimat -kalimat tertentu yang perlu dilafazkan dan ini dinamakan rukun qauli serta zikir. Salah satu kedudukan terpenting dalam solat adalah ketika sujud. Di kedudukan ini, seseorang meletakkan kepala di bumi dan pada kedudukan ini, darah daripada jantung turun ke otak dengan mudah sekali.
Berbeza dengan sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang.

Namun, solat adalah lebih istimewa daripada yoga kerana ia adalah berdasarkan wahyu. Ianya adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta di mana ia memerlukan disiplin yang tinggi disebabkan oleh keterikatan dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat wajib membersihkan jiwanya daripada syirik terlebih dahulu sebelum menunaikan solat bagi mentauhidkan Allah S.W.T. Di samping itu, pembersihan jasad dengan berwudhu' adalah diwajibkan. Pemakaian seseorang juga perlu menjurus kepada pengabdian dengan menutup aurat kerana ia adalah aktiviti pengabdian.

Solat bukan hanya merupakan aktiviti secara individu, bahkan ia juga merupakan aktiviti berkelompok. Justeru, solat berjemaah adalah diwajibkan pada masa-masa tertentu berpandukan cara dan syarat yang ditetapkan. Kesemua tuntutan ini tidak wujud pada yoga. Justeru, sekiranya dibandingkan dengan yoga, solat adalah lebih lengkap dan komprehensif di samping kesan jangka masa panjangnya adalah lebih mendalam.

0 comments:

Berbual berpekdah

 
 

Followers

About This Blog

Blog ini memuatkan perkongsian ilmu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengikuti mata pelajaran sama ada Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam. Blog yang bertemakan ibadah ini amat sesuai dilawati oleh semua orang kerana ia menampilkan perkara-perkara yang menyentuh persoalan ibadah di mana ianya sentiasa mewarnai kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan hujah kukuh Allah S.W.T atau objektif utama penciptaan manusia di dalam dunia yang sementara ini, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya menguatkan lagi kepentingan ibadah kepada kita sebagai para hambaNya..

Saf kekawan

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP