I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ke Arah Haji yang Mabrur...

>> Thursday, October 8, 2009

Haji ialah rukun Islam yang kelima. Ia juga salah satu daripada syariat yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sebagai membaharui dan menyambung ajaran nabi Ibrahim a.s. Ibadat ini mula difardhukan ke atas umat Islam pada tahun kelima atau keenam Hijrah. Walaubagaimanapun, ia mula dilaksanakan pada tahun kesembilan Hijrah.

Haji ialah syariat Islam yang utama di mana ia mempunyai banyak rahsia dan hikmah. Pelaksanaannya tertakluk kepada kemampunan dan kesediaan seseorang hamba itu sendiri. Ianya satu ibadat yang sangat memerlukan kepada pengetahuan yang begitu jelas dan terang untuk diikuti oleh bakal haji yang membezakannya dengan ibadat-ibadat lain seperti puasa, solat dan sebagainya. Akan tetapi, di dalam ibadatnya mengandungi perkara niat, keikhlasan, kesabaran, kemampuan tenaga dan harta, pengorbanan dan pelbagai lagi semata-mata ingin menghampirkan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Secara dasarnya, haji lebih merupakan ibadat anggota dan harta; iaitu jiwa dan raga, memerlukan tenaga, kekuatan fizikal, kemampuan kewangan dan pengorbanan selain memiliki tahap keimanan, ketaqwaan dan keikhlasan serta persediaan. Di samping itu, pada setiap kali melakukan kerja-kerja rukun dan wajib haji itu perlu diiringi sekali dengan doa-doa dan bacaan-bacaan yang telah ditentukan. Antara persediaan utama kepada setiap bakal haji ialah:


  1. Membetulkan niat untuk melaksanakan ibadat haji dengan penuh kejujuran dan keikhlasan hati hanya kerana Allah S.W.T.
  2. Memilih harta atau wang daripada sumber yang halal dan bersih untuk perbelanjaannya.
  3. Menyelesaikan segala hak yang berkaitan dengan diri dan harta bendanya kepada siapa yang berhak, termasuk juga hutang-piutang.
  4. Bertaubat kepada Allah S.W.T di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya.
  5. Membuat wasiat sama ada secara bertulis atau sebagainya.
InsyaAllah, dengan terlaksana lima perkara tersebut itu, ibadat haji yang dilakukan itu akan mendapat haji yang mabrur dan semoga segala amal soleh yang dilakukan serta doa-doa yang pohonkannya diterima oleh Allah S.W.T. Ringkasnya, ibadat haji adalah merupakan ibadat yang menyahut lambaian Ilahi, menggunkan hati, jiwa, pemikiran, tenaga fizikal dan sikap atau perasaan di samping sedikit pengorbanan wang dan harta. Ia ialah pengucapan dan pengakuan diri seorang hamba yang membenarkan keesaan Allah S.W.T dan tidak sekali-kali menduakanNya dengan sesuatu yang lain...


0 comments:

Berbual berpekdah

 
 

Followers

About This Blog

Blog ini memuatkan perkongsian ilmu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengikuti mata pelajaran sama ada Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam. Blog yang bertemakan ibadah ini amat sesuai dilawati oleh semua orang kerana ia menampilkan perkara-perkara yang menyentuh persoalan ibadah di mana ianya sentiasa mewarnai kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan hujah kukuh Allah S.W.T atau objektif utama penciptaan manusia di dalam dunia yang sementara ini, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya menguatkan lagi kepentingan ibadah kepada kita sebagai para hambaNya..

Saf kekawan

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP