I made this widget at MyFlashFetish.com.

Apa dia Sujud Tilawah?

>> Wednesday, November 11, 2009

Sujud Tilawah sebanyak sekali ialah sujud bacaan, iaitu sujud yang disunatkan ketika membaca al-Quran pada ayat-ayat sajdah. Orang-orang yang mendengarnya juga disunatkan sujud. Jika ayat-ayat sajdah dibaca semasa membaca surah ketika soalt, juga disunatkan sujud. Sekiranya solat berjemaah, para makmum disunatkan sujud jika imamnya sujud. Tidak sunat sujud jika imam tidak sujud.

Ketika bangun dari sujud, tidak perlu duduk rehat sebentar seperti thama'ninah solat, bahkan hendaklah terus bangun berdiri dan tidak perlu mengangkat tangan. Jika sujud tilawah ketika membaca atau mendengar ayat-ayat sajdah (di luar solat), maka rukun untuk mengerjakannya ialah :

1- Niat serta takbiratul ihram
2- Sujud 1 kali dan bangun dari sujud terus memberi salam
3- Baca 'Allahu Akbar' ketika bergerak sujud dan semasa bangun dari sujud

Bacaan semasa sujud tilawah ialah (maksudnya):

"Sujudlah muka dan seluruh diriku kepada Allah SWT yang telah menciptakannya dan membentuk rupanya, yang juga telah mencipta pendengaran dan penglihatannya (dengan perantaraan mata dan telinga), dengan kuasa Allah SWT jugalah (pendengaran dan penglihatanku terpelihara dengan selamatnya)".

(Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Firman Allah SWT yang bermaksud :

...apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah SWT, mereka segera sujud serta menangis".

(Surah Maryam: ayat 58)

Sabda Nabi saw, mafhumnya :

"Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw telah bersabda : "Apabila manusia membaca ayat sajdah, kemudian dia sujud, menghindarkan syaitan dan dia menangis serta berkata: Hai celaka, anak Adam (manusia) disuruh sujud, lantas dia sujud. Maka, baginya syurga dan aku disuruh sujud juga, tetapi aku enggan, maka bagiku neraka'.

(Riwayat Muslim)

Ayat-ayat sajdah di dalam al-Quran ada 15, sepertimana hadith Nabi saw yang bermaksud :

"Daripada 'Amru bin al-'As bahawa Rasulullah saw menerangkannya lima belas ayat sajdah yang tersebut di dalam al-Quran..."

(Riwayat Abu Daud)
Ayat-ayat berkenaan ialah :

i- Ayat 206 Surah al-A'raf
ii- Ayat 15 Surah al-Ra'd
iii- Ayat 50 Surah al-Nahl
iv- Ayat 109 Surah al-Israa'
v- Ayat 58 Surah Maryam
vi- Ayat 18 Surah al-Hajj
vii- Ayat 77 Surah al-Hajj
viii- Ayat 60 Surah al-Furqan
viv- Ayat 26 Surah al-Naml
x- Ayat 15 Surah al-Sajdah
xi- Ayat 24 Surah Shad
xii- Ayat 38 Surah Fusshilat
xiii- Ayat 62 Surah al-Najm
xiv- Ayat 21 Surah al-Insyiqaq
xv- Ayat 19 Surah al-'Alaq

Syarat-syarat sujud tilawah pula adalah suci daripada hadas dan najis,menghadap kiblat dan menutup aurat. Walaubagaimanapun, sesetengah ulama' tidak mensyaratkan demikian.

0 comments:

Berbual berpekdah

 
 

Followers

About This Blog

Blog ini memuatkan perkongsian ilmu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengikuti mata pelajaran sama ada Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam. Blog yang bertemakan ibadah ini amat sesuai dilawati oleh semua orang kerana ia menampilkan perkara-perkara yang menyentuh persoalan ibadah di mana ianya sentiasa mewarnai kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan hujah kukuh Allah S.W.T atau objektif utama penciptaan manusia di dalam dunia yang sementara ini, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya menguatkan lagi kepentingan ibadah kepada kita sebagai para hambaNya..

Saf kekawan

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP