I made this widget at MyFlashFetish.com.

Solat sunat Isyraq...pernahkah anda lakukan???

>> Wednesday, November 11, 2009

Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10 kaki)pada jam antara 7.00 hingga 7.30pagi. Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda Rasulullah saw (maksudnya) :

"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".

Lafaz dan niatnya :

"Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala".

a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah
al-Kafiruun hingga akhir.

b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas
membaca surah al-Fatihah.

Selepas memberi salam, baca doa berikut :

"Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Isyraq bila mana kita mempunyai kelapangan, khususnya pada waktu pagi. Rebutlah peluang semasa hayat kita dikandung badan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan menuju ke akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa".

0 comments:

Berbual berpekdah

 
 

Followers

About This Blog

Blog ini memuatkan perkongsian ilmu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang sedang mengikuti mata pelajaran sama ada Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam. Blog yang bertemakan ibadah ini amat sesuai dilawati oleh semua orang kerana ia menampilkan perkara-perkara yang menyentuh persoalan ibadah di mana ianya sentiasa mewarnai kehidupan seharian kita. Ditambah pula dengan hujah kukuh Allah S.W.T atau objektif utama penciptaan manusia di dalam dunia yang sementara ini, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya menguatkan lagi kepentingan ibadah kepada kita sebagai para hambaNya..
Loading...

Saf kekawan

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP