Tidurlah...
>> Tuesday, October 27, 2009
Amalan Sebelum Tidur:
Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam al-Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberikan kamu syafaat di hari Akhirat
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah
Kemudian, Aisyah bertanya:
"Ya Rasulullah,bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara itu?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur, bacalah : Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan al-Qur'an. Bacalah selawat sebanyak 3 kali untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslim sebanyak 3 kali, maka mereka akan meredhai kamu. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, maka kamu seakan-akan telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".
(Petikan hadith daripada Tafsir Haqqi)