Petua Menjaga Kesihatan Ala Rasulullah s.a.w...
>> Monday, November 9, 2009
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai oleh Allah S.W.T daripada mukmin yang lemah..."
(Riwayat Muslim)
Bagaimana kita sentiasa sihat seperti Rasulullah s.a.w? Ikuti resepi-resepi berikut :
1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah s.a.w selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh melaksanakan solat sunat dan solat fardhu Subuh secara berjemaah. Antara hikmah yang diperoleh melalui ibadah-ibadah tersebut adalah :
i- dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah S.W.T
ii- mendapat udara segar yang baik untuk kesihatan, khususnya terapi penyakit TB
iii- menguatkan minda dan menyihatkan emosi
2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Baginda sentiasa rapi dan bersih. Buktinya, setiap hari Khamis dan Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, memotong kuku, menyikat rambut dan mengenakan minyak wangi pada setiap hari.
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman".
(Riwayat Muslim)
3) TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda, iaitu :
a) 1/3 untuk udara
b) 1/3 untuk air
c) 1/3 untuk makanan
Bahkan terdapat satu pendidikan khusus bagi umat Islam dengan adanya bulan Ramadhan, iaitu puasa wajib untuk menyeimbangkan kesihatan.
4) GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir dan peredaran darah akan berjalan lancar.
5) TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah s.a.w : "Jangan marah" diulang sebanyak 3 kali. Hal ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada aspek fizikal senata-mata, malah lebih jauh lagi, iaitu dilandasi oleh kesucian dan kesihatan jiwa.
Terdapat terapi yang tepat untuk menahan marah, iaitu :
> Mengubah posisi ketika marah. Apabila berdiri, maka duduk dan apabila duduk, maka berbaring.
> Membaca ta'awwuz kerana marah itu datang daripada syaitan.
> Segera berwudhu.
> Bersolat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.
6) BERSIKAP OPTIMIS DAN TIDAK BERPUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam terhadap jiwa seseorang sehingga dia tetap sabar, istiqamah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T.
Semoga keenam-enam petua di atas dapat kita amalkan khususnya ingin menjadi seorang insan yang sentiasa sihat dan kuat dalam menjalani apa jua ibadah kepada Allah S.W.T. Pergunakanlah kesempatan hidup di dunia ini untuk kita mencari seberapa banyak bekalan bagi menuju alam akhirat yang kekal abadi...
0 comments:
Post a Comment