Ke Arah Haji yang Mabrur...
>> Thursday, October 8, 2009
Haji ialah rukun Islam yang kelima. Ia juga salah satu daripada syariat yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sebagai membaharui dan menyambung ajaran nabi Ibrahim a.s. Ibadat ini mula difardhukan ke atas umat Islam pada tahun kelima atau keenam Hijrah. Walaubagaimanapun, ia mula dilaksanakan pada tahun kesembilan Hijrah.
Haji ialah syariat Islam yang utama di mana ia mempunyai banyak rahsia dan hikmah. Pelaksanaannya tertakluk kepada kemampunan dan kesediaan seseorang hamba itu sendiri. Ianya satu ibadat yang sangat memerlukan kepada pengetahuan yang begitu jelas dan terang untuk diikuti oleh bakal haji yang membezakannya dengan ibadat-ibadat lain seperti puasa, solat dan sebagainya. Akan tetapi, di dalam ibadatnya mengandungi perkara niat, keikhlasan, kesabaran, kemampuan tenaga dan harta, pengorbanan dan pelbagai lagi semata-mata ingin menghampirkan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Secara dasarnya, haji lebih merupakan ibadat anggota dan harta; iaitu jiwa dan raga, memerlukan tenaga, kekuatan fizikal, kemampuan kewangan dan pengorbanan selain memiliki tahap keimanan, ketaqwaan dan keikhlasan serta persediaan. Di samping itu, pada setiap kali melakukan kerja-kerja rukun dan wajib haji itu perlu diiringi sekali dengan doa-doa dan bacaan-bacaan yang telah ditentukan. Antara persediaan utama kepada setiap bakal haji ialah:
- Membetulkan niat untuk melaksanakan ibadat haji dengan penuh kejujuran dan keikhlasan hati hanya kerana Allah S.W.T.
- Memilih harta atau wang daripada sumber yang halal dan bersih untuk perbelanjaannya.
- Menyelesaikan segala hak yang berkaitan dengan diri dan harta bendanya kepada siapa yang berhak, termasuk juga hutang-piutang.
- Bertaubat kepada Allah S.W.T di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya.
- Membuat wasiat sama ada secara bertulis atau sebagainya.
0 comments:
Post a Comment